Monday, April 9, 2018

Sos popiah dan ayam bakar

Bahan yang diperlukan:

*5 biji cili merah
*5 biji cili api (kalau boleh yang warna merah)
*10 ulas bawang putih
*1 pokok akar dan batang (1inci atas akar) daun ketumbar
*1 botol kecil sos tomato (saya guna Kimball)
*1 botol air masak (sukatan ikut botol sos)

1 sudu besar bijan yang sudah disangai hingga wangi
1 pokok daun ketumbar dicincang
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

Kisar halus semua bahan yang bertanda *. Kemudian masuk dalam periuk dan masak sampai memdidih. Kemudian masukkan garam dan gula secukupnya. Biar merenih selama 10 minit dengan api kecil. Selepas itu padamkan api dan sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan bijan dan ketumbar yang dah dicincang. Sedia untuk dimakan dengan popiah, jemput-jemput atau ayam bakar.


Sunday, March 25, 2018

REMPAH KUZI DAN REMPAH BERIANI

Saya belajar buat rempah beriani dari arwah Ayah. Selepas banyak kali mencuba, saya buat keputusan, rempah beriani dan rempah kuzi sama je campurannya. Cubalah sendiri dan buat penilaian. Kalau rasa ok, boleh la teruskan guna resepi ni.
Kalau rasa tak sama, dulu2 saya guna rempah kuzi cap Orang Perempuan. Beli di Kelantan. Atau di Berek 12, ada kedai jual rempah yang sedap. Bolehlah beli di sana. 

Bahan untuk rempah Beriani dan Kuzi:

5 bahagian serbuk ketumbar
2 bahagian serbuk jintan putih
1 bahagian serbuk jintan manis

Caranya:

Campurkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Sangai atas api yang perlahan.
Bila dah naik bau, selalunya dalam 5 minit sahaja, tutup api dan terus masukkan serbuk jintan manis. 
Kacau sehingga semua sebati. Bila dah sejuk, simpan dalam balang kedap udara. 

LAUK UNTUK ORANG BERPANTANG PART 2

4. Ikan masak ketuk serai

2 ekor ikan selar
2 batang serai - ketuk
1 labu bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
1 keping asam keping
Halia sebesar ibu jari - hiris
1 biji cili merah - patah 2
Garam dan gula secukupnya
Air 2 cawan

Cara memasak:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan didihkan. Biar merenih 5 minit. Dah siap.

*Kalau dah tak berpantang, boleh gantikan ikan dengan lala, kerang atau ketam. Gantikan cili merah dengan cili api.

5. Ayam kampung masak halia

1 ekor ayam kampung potong 12 - basuh dan toskan

Bahan A
2 jari halia - hiris nipis (atau julienne)
3 ulas bawang putih - cincang
2 labu bawang besar - hiris nipis

Bahan B
2 labu bawang besar - hiris tebal
1 batang carrot - hiris nipis (atau julienne)
1/2 cawan cauliflower - potong besar2
4 batang daun bawang - potong 1 inci
1 biji cili merah dan hijau - potong tebal

1/2 cawan kicap lemak
Garam dan gula secukupnya
Minyak secukupnya

Cara memasak:
Gaulkan ayam dengan 1/2 cawan kicap lemak.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A sampai agak kekuningan. Kemudian masukkan ayam.
Biarkan sampai air ayam kering, baru masukkan bahan B. Masukkan sedikit air kalau agak kering. Tunggu sampai sayur masak. Sedia untuk dimakan.

*kalau dah tak berpantang, boleh masukkan 3 sudu besar besar sos tiram untuk digaul dengan ayam.
*boleh juga letak cendawan tiram.

6. Ikan bilis goreng kicap

1 cawan ikan bilis - yang dah dikopek. (orang berpantang tak boleh makan ikan bilis yang tak dibuang perut dan kepala)
*2 labu bawang besar - hiris nipis
*1 ulas bawang putih - hiris nipis
*2 biji cili merah - hiris nipis
*5 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
Minyak untuk menggoreng
Kicap masin dan manis secukupnya / Kicap lemak pun boleh

Goreng ikan masin sampai garing. Angkat dan toskan.
Dengan minyak yang sama, masak bahan bertanda * sampai garing, bukan hangit ya.
Masukkan ikan bilis, kicap dan perahan limau kasturi. Gaulkan dan sedia untuk dimakan.


LAUK UNTUK ORANG BERPANTANG

Orang berpantang yang Kak Diya maksudkan ialah:

i) yang baru lepas menjalani pembedahan
ii) yang baru lepas melahirkan anak
iii) yang baru berkhatan

Ada beberapa jenis lauk yang sesuai dimasak untuk mereka.  Lauk yang mudah disediakan dan yang paling penting, orang tak berpantang pun suka.

Sebelum tu, di rumah kami, ada beberapa jenis ikan yang kami cuba elakkan sebab dikhuatiri boleh memudaratkan. Antaranya ikan tongkol, terubuk, pari, keli, tamban, bawal hitam dan sembilang.  Cuba cari ikan isi putih macam ikan merah, jenahak, bawal putih/emas atau kalau nak senang, guna je ikan selar. Menurut mak, ikan selar ni ikan yang paling selamat dan tak bisa.

Untuk sayur dan buah pula, lain keluarga lain pantang larangnya. Ini senarai sayur dan buah yang mak bagi kami makan waktu berpantang:
Sawi
Carrot
Cauliflower
Broccoli
Daun pegaga
Kailan
Baby corn

Apple
Orange
Pineapple - sangat digalakkan untuk cepat keluarkan darah
Pisang berangan
Avocado
Kurma

Ok. Here are few recipes untuk dicuba.

1. Singgang Ikan Selar

2 ekor ikan selar saiz sederhana
1 labu bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - ketuk
2 keping asam keping
lengkuas sebesar ibu jari hiris/ketuk
kunyit 1/2 ibu jari hiris/ketuk (kalau suka)
1 biji cili hijau/merah potong 2 (cili api lebih sedap tapi tak boleh untuk orang berpantang)
Air 2 cawan atau secukupnya
Garam dan gula (boleh letak kiub ikan bilis secubit kalau suka)

Cara memasak:
Masukkan semua bahan dalam periuk. Bila dah mendidih, kecilkan api dan biar merenih semalam 5 minit. Dan siap.

2. Tomyam Ikan Merah/Jenahak/Selar/Bawal Emas

2 keping ikan merah
2 labu bawang besar - belah 4/hiris nipis
3 ulas bawang putih - ketuk
2 keping asam keping
2 batang serai - ketuk / hiris tebal
10 helai daun limau purut - hiris
2 biji cili merah / hijau - potong 2 (cili api lebih sedap tapi tak boleh untuk orang berpantang)
lengkuas sebesar ibu jari - hiris nipis
Halia sebesar ibu jari - hiris nipis (kalau tak letak pun tak apa)
Sepokok daun ketumbar - batang dan daun hiris / akar basuh bersih dan ketuk
Garam, gula dan kiub ikan bilis secukupnya.
Air 3 cawan atau secukupnya.

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali daun ketumbar yang dah dihiris. Bila dah mendidih, kecilkan api dan biar merenih selama 10 minit.
Bila nak makan, perahkan limau kasturi ikut kemasaman yang kita nak dan taburkan daun ketumbar.

3. Ikan masak sweet sour

2 keping ikan jenahak - gaul dengan garam kunyit dan goreng.
*2 labu bawang besar - hiris tebal / dadu besar
*2 ulas bawang putih - ketuk
*1 biji cili merah - hiris tebal (capsicum pun boleh)
*Halia sebesar ibu jari - hiris macam batang mancis
*1 batang serai - ketuk
1/2 cawan nenas yang dah potong kiub
1 biji tomato belah 4
1 sudu tomato
1 sudu sos cili
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:
Tumis bahan bertanda* sampai layu. Kemudian masukkan bahan lain. Kalau agak kering, masukkan sedikit air. Bila nenas dah masak, masukkan ikan, Dah siap.