500 gm penne (or any pasta you like)
1 cup cream
10 cloves of garlic (chopped)
1 onion (chopped)
Dendeng daging
Bahan
1kg daging potong sebesar penumbuk
1/4 cawan kicap masin
1/4 cawan kicap manis
4 sudu besar sos tiram
Bahan kisar:
10 biji cili merah
10 biji cili hijau
5 biji cili api kalau suka pedas
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
*kisar kasar
1 cawan minyak untuk menggoreng daging
Garam, gula dan ajinomoto
Cara buat:
1kg daging - potong ketul-ketul sebesar penumbuk dan rebus sampai empuk. Jangan lupa letak garam
Hiris nipis daging yang siap direbus itu dan gaulkan dengan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian gorengkan daging ini sehingga garing dibahagian tepi.
Dengan menggunakan minyak goreng daging tadi, tumis bahan kisar. Masukkan terus sedikit gula dan garam. Bila dah garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air rebusan. Bila dah sebati, baru rasa dan tambah gula, garam dan ajinomoto jika perlu. Jangan tambah kicap ya.
*kalau suka, boleh tambah kentang goreng / kacang hijau dalam tin (toskan dulu airnya) / tomato belah 4 /
Bahan
1kg daging potong sebesar penumbuk
1/4 cawan kicap masin
1/4 cawan kicap manis
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan cili kering kisar
5 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
Minyak untuk menggoreng daging
Cara buat:
1kg daging - potong ketul2 sebesar penumbuk dan rebus sampai empuk. Jangan lupa letak garam.
Hiris nipis daging yang sudah direbus dan gaulkan dengan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
Kemudian goreng daging yang sudah diperap sampai nampak garing di tepi. Angkat dan toskan. Ulang sehingga habis semua daging siap digoreng.
Dengan menggunakan minyak goreng daging tadi, tumis bahan kisar. Bila semua dah masak dan pecah minyak, masukkan lebihan bahan perapan daging dan sedikit air rebusan daging. Agak-agak banyak mana kuah kita nak. Kemudian, masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Sekarang baru rasa masakan kita. Tambah kicap saja untuk sesuaikan masin dan manis.
*Kalau suka, selepas tutup api, boleh masukkan bawang goreng. Tapi pastikan bawang goreng yang sedap sahaja.
1 ekor ikan merah - anggaran 1.5kg - potong ikut pilihan hati
1 cawan cili kering yang sudah dikisar
*4 labu bawang besar / 1 cawan siap kisar
*6 ulas bawang putih
*1 inci halia sebesar ibu jari
1/2 inci lengkuas sebesar ibu jari - dihiris
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 cekak daun kesum
2 biji terung - potong ikut pilihan / 10 biji bendi
2 sudu besar atau lebih pekatan asam jawa ADABI - campur dengan 1 cawan air
1/4 cawan minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar budu
*bahan untuk dikisar
Cara membuat:
Tumis cili dan bahan kisar dengan minyak. Masukkan terus bunga kantan, daun kesum, lengkuas, gula dan garam. Masak sampai pecah minyak. Mungkin ambil masa 10-15 minit. Kemudian masukkan air asam, budu dan sayur. Bila sayur hampir masak, baru masukkan ikan. Tambahkan air ikut kepekatan yang kita suka. Bila ikan dah masak, terus tutup api. Sebab ikan merah isinya lembut.
Rasa asam pedas kena masin dan masam. Bukan manis ya.
Bahan yang diperlukan:
2 keping dada ayam
200 g cendawan - ikut suka jenis apa
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar rempah cajun
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 cawan krim masakan - boleh juga digantikan dengan susu atau yogurt
Garam secukup rasa
Mayonis
Mula-mula, perap ayam dengan rempah cajun, 1 sudu kecil lada hitam, 1 sudu besar minyak masak dan garam lebih kurang 10 minit. Gril ayam di atas kuali atau boleh juga gunakan air fryer.
Kemudian, potong ayam menjadi kepingan kecil. Ketepikan.
Kemudian, panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang besar, bawang putih serta cendawan. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Bila bawang sudah kuning keemasan, masukkan tomato, daun ketumbar, krim masakan dan hirisan ayam tadi. Masak sehingga semuanya sebati dan agak kering. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika sebelum memasukkan mayonis kalau suka.
Sedia untuk dihidangkan. Inti ini sesuai dijadikan inti sandwic ayam.
*Boleh masukkan juga lobak merah yang dihiris nipis memanjang kalau suka.
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Halia besar ibu jari
1 stalk serai
1 teaspoon turmeric / 1 ketul kecil fresh turmeric
1 tbsp chilli paste / 2 biji cili merah – add some cili api kalau
nak pedas
6 helai daun limau purut
2 tbsp fish sauce – I tukar dengan budu because mak tak suka
fish sauce
1 tsp asam jawa paste – or lime juice
1 tbsp oil
Salt and sugar
Put everything in a food processor. Blend until you get
slightly smooth paste.
Sapukan ramuan ini pada ikan pilihan. Jangan lupa kelar ikan tu ya. Kemudian balut ikan dengan daun pisang. Atau boleh je guna aluminium foil. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 170C. Tapi ni semua bergantung pada saiz ikan.
Sedia untuk dimakan.