500 gm penne (or any pasta you like)
1 cup cream
10 cloves of garlic (chopped)
1 onion (chopped)
Dendeng daging
Bahan
1kg daging potong sebesar penumbuk
1/4 cawan kicap masin
1/4 cawan kicap manis
4 sudu besar sos tiram
Bahan kisar:
10 biji cili merah
10 biji cili hijau
5 biji cili api kalau suka pedas
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
*kisar kasar
1 cawan minyak untuk menggoreng daging
Garam, gula dan ajinomoto
Cara buat:
1kg daging - potong ketul-ketul sebesar penumbuk dan rebus sampai empuk. Jangan lupa letak garam
Hiris nipis daging yang siap direbus itu dan gaulkan dengan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian gorengkan daging ini sehingga garing dibahagian tepi.
Dengan menggunakan minyak goreng daging tadi, tumis bahan kisar. Masukkan terus sedikit gula dan garam. Bila dah garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air rebusan. Bila dah sebati, baru rasa dan tambah gula, garam dan ajinomoto jika perlu. Jangan tambah kicap ya.
*kalau suka, boleh tambah kentang goreng / kacang hijau dalam tin (toskan dulu airnya) / tomato belah 4 /
Bahan
1kg daging potong sebesar penumbuk
1/4 cawan kicap masin
1/4 cawan kicap manis
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan cili kering kisar
5 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
Minyak untuk menggoreng daging
Cara buat:
1kg daging - potong ketul2 sebesar penumbuk dan rebus sampai empuk. Jangan lupa letak garam.
Hiris nipis daging yang sudah direbus dan gaulkan dengan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
Kemudian goreng daging yang sudah diperap sampai nampak garing di tepi. Angkat dan toskan. Ulang sehingga habis semua daging siap digoreng.
Dengan menggunakan minyak goreng daging tadi, tumis bahan kisar. Bila semua dah masak dan pecah minyak, masukkan lebihan bahan perapan daging dan sedikit air rebusan daging. Agak-agak banyak mana kuah kita nak. Kemudian, masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Sekarang baru rasa masakan kita. Tambah kicap saja untuk sesuaikan masin dan manis.
*Kalau suka, selepas tutup api, boleh masukkan bawang goreng. Tapi pastikan bawang goreng yang sedap sahaja.