Comfort food untuk sesiapa yang tak boleh tidur waktu malam. Senang je nak buat nasi goreng ni. Kalau anda pandai masak nasi goreng cina, mesti anda rasa resepi ni sama je macam tu. Tapi anda silap. Memang tak sama sebab kami tak gunakan lada putih di rumah kami. Disebabkan mak tak tahan dengan bau lada putih tu, maka lada putih macam dah di banned dari dapur kami. Mak akan cari substitute untuk mengelakkan penggunaan lada putih dalam masakannya. Nasi goreng kuning ni pun samalah.
Bahan bahannya
1 mangkuk nasi sejuk
1 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
3 biji cili api (kalau anda nak rasa seperti nasi goreng cina, gantikan dengan 1/2 sudu kecil serbuk lada putih)
1 biji telur ayam
1 sudu besar butter atau margerine (pada yang berani, boleh guna minyak sapi)
Garam dan gula
Sedikit air
Cara penyediaan
Gaulkan nasi sejuk dengan garam dan gula secukup rasa.
Panaskan butter dalam kuali dan kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api. Masak sampai bawang agak garing. Kemudian, masukkan nasi yang telah digaul tadi dan kacau. Masukkan telur dan masak sampai nasi tak melekat sesama sendiri. Sedia untuk dimakan.
Kalau anda mahu, boleh masukkan sosej yang dipotong kecil, ayam goreng, udang, sotong dll.
Selamat mencuba.
Sunday, November 2, 2008
Kacang Telur or Bake bean in tomato sauce and scramble eggs
Resepi ini ialah "all time fave" di rumah kami.
Bahan-bahan
1 tin Baked Beans dalam sos tomato (kami suka gunakan Ayam Brand sebab tinnya mudah dibuka)
5 biji telur ayam
1 sudu besar butter atau margerine
3 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Cara penyediaan
Panaskan butter dalam kuali. Masukkan telur dan jadikan ia seperti scramble egg cuma jangan masak sampai kering. Kemudian masukkan 1 tin Baked Beans, sos tomato dan sedikit air jika perlu. Masak sampai mendidih.
Pada mereka yang health conscious, Ayam Brand ada mengeluarkan Low Fat Baked Beans.
Kacang Telur ini sesuai dimakan dengan roti, biskut Jacob's Cream Crackers, Ritz Cheese Crackers atau apa jenis biskut masin. Selamat mencuba.

Terima kasih daun keladi
Salam dari kami sekeluarga. Terima kasih kerana memberikan sokongan pada kami dalam usaha untuk menulis buku masakan yang datang dari dapur rumah kami. Kami harap anda semua dapatlah sama-sama mencuba resepi yang kami berikan di sini dan memberikan komen. Kalau ada yang nak bagi gambar hasil dari resepi ini, terima kasih daun keladi. ^_^
Untuk post yang pertama, kami akan memberikan resepi yang mudah dan sihat. Sesuai di makan bila-bila masa, tapi paling digemari pada waktu pagi di rumah kami.
Untuk post yang pertama, kami akan memberikan resepi yang mudah dan sihat. Sesuai di makan bila-bila masa, tapi paling digemari pada waktu pagi di rumah kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)