Saturday, November 7, 2020

Waffles and pancakes

Setelah beberapa kali percubaan buat waffles, I think this recipe suits our taste. Ubahsuai sana sini, tapi bahan asasnya sama saja. Cuma teknik je berlainan.

Bahan untuk Waffles Cik Ya:

(A)
50 gms melted butter
2 cups warm milk

(B)
2 cups plain flour
2 large eggs (asingkan putih dan kuning)
2 tbsp sugar
1 tsp salt
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp vanilla essence

Cara membuat:

Pukul putih telur sehingga kembang dan ketepikan.
Campurkan bahan A.
Campurkan bahan B kecuali putih telur yang sudah dipukul.  Tuangkan bahan A dan kacau menggunakan pengadun atau senduk sehingga sebati.  Bila dah sebati, masukkan putih telur dan kacau secara kaup balik. Rehatkan adunan selama 10 minit sebelum dimasak. 
Boleh masak menggunakan waffle maker atau jadikan pancake. 

Monday, November 2, 2020

Gulai Rawa Nenek Kelantan

Nenek Kelantan @ Che Esah bukan asal dari Kelantan jadi masakan di rumahnya tak sama macam jirannya. Gulai Rawa ni antara masakan kegemarannya sebab bahan yang digunakan bergantung pada apa yang dia rawa atau capai di dapur. Tapi bahan asasnya tetap sama.  Gulai ini boleh dibuat dengan ayam atau ikan.  Masakan ini juga sesuai untuk orang dalam pantang.  

Bahan yang diperlukan:

4 ekor ikan kembung

2 biji cili merah - hiris

2 biji cili hijau - hiris

2 biji cili api - hiris (kalau suka pedas)

2 labu bawang besar - hiris nipis

2 ulas bawang putih - hiris nipis

1 inci halia - hiris seperti batang mancis

1 inci kunyit hidup - tumbuk

1 batang serai - titik

1 helai daun salam atau daun kunyit

2 keping asam 

1 cawan santan pekat

Garam dan gula secukupnya


Cara membuat:

Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun salam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  Kemudian masukkan santan dan daun salam. Biarkan mendidih semula dan tutup api. Sedia untuk dihidang.


*Ini adalah bahan asas gulai rawa. Kalau ada timun dan nanas, boleh digabungkan dengan ikan.  Kalau ayam pula, boleh tambahkan kentang. Jika mahu guna ikan darat seperti patin, tukarkan daun salam kepada daun kesum.