Nenek Kelantan @ Che Esah bukan asal dari Kelantan jadi masakan di rumahnya tak sama macam jirannya. Gulai Rawa ni antara masakan kegemarannya sebab bahan yang digunakan bergantung pada apa yang dia rawa atau capai di dapur. Tapi bahan asasnya tetap sama. Gulai ini boleh dibuat dengan ayam atau ikan. Masakan ini juga sesuai untuk orang dalam pantang.
Bahan yang diperlukan:
4 ekor ikan kembung
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
2 biji cili api - hiris (kalau suka pedas)
2 labu bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris seperti batang mancis
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 batang serai - titik
1 helai daun salam atau daun kunyit
2 keping asam
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukupnya
Cara membuat:
Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun salam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan dan daun salam. Biarkan mendidih semula dan tutup api. Sedia untuk dihidang.
*Ini adalah bahan asas gulai rawa. Kalau ada timun dan nanas, boleh digabungkan dengan ikan. Kalau ayam pula, boleh tambahkan kentang. Jika mahu guna ikan darat seperti patin, tukarkan daun salam kepada daun kesum.
No comments:
Post a Comment