Wednesday, October 14, 2020

Rendang Ayam

 Bahan yang diperlukan:

3 ekor ayam potong 16

1.5 kg santan pekat

4 sudu besar kerisik (atau dari 1 biji kelapa)

2 helai daun kunyit - hiris halus

Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar:

10 biji bawang besar 

6 ulas bawang putih

4 inci lengkuas sebesar ibu jari

4 inci halia sebesar ibu jari

2 inci kunyit hidup sebesar ibu jari

4 batang serai gemuk

10 biji cili api

4 sudu besar cili kering siap kisar


Cara penyediaan:

Masukkan bahan kisar, santan, gula dan garam dalam periuk/kuali yang sesuai.

Masak sampai pecah minyak. Kemudian baru masukkan ayam. Bila ayam sudah masak, masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai dapat kepekatan yang kita suka. Tambah gula dan garam jika perlu. Tapi jangan lama sangat sebab ayam boleh jadi terlalu reput. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, April 15, 2020

Laksa Lemak Siam

Laksa lemak Siam

1 ekor ikan tongkol saiz kecil - rebus dan kisar isi. Simpan air rebusan dan guna untuk kisar bahan lain dan ikan.

Bahan kisar:
2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
3 biji buah keras
2 sudu cili mesin
Cili api kalau nak pedas lagi
1 ibu jari belacan (kalau suka)

Bahan lain:
1 batang serai ketuk
1/2 inci lengkuas ketuk
10 helai daun limau purut - hiris kasar
5 keping asam
2 kotak kecil santan (1/2 kg)
Sos ikan (kalau suka)
Garam, aji dan gula secukupnya

Cara membuat:

Tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan lebihan air rebusan ikan, isi ikan dan bahan lain kecuali santan dan daun limau.
Bila dah mendidih baru masukkan santan dan daun limau purut. Perasakan dengan sos ikan, gula, garam dan aji.

Makan dengan laksa halus, telur rebus, daun kemangi/selasih, kacang panjang, petai, ulam raja, timun, terung pipit.

Saturday, February 29, 2020

Mee Rebus

Bahan yang diperlukan:

1 kg tulang lembu - rebus sampai lembut isinya (jangan lupa letak garam waktu rebus)
1/2 kg daging lembu - rebus sampai lembut kemudian hiris nipis
1/2 kg udang basah - kupas kulitnya - kulit tu basuh dan rebus

Bahan tumis:
5 biji bawang besar kisar kasar (toskan airnya)
5 ulas bawang putih kisar kasar (toskan airnya)
2 inci halia kisar
2 inci lengkuas hiris nipis (separuh dikisar)
1 batang serai gemuk diketuk
3 sudu besar rempah kari daging Adabi - bancuh dengan air panas utk dijadikan pes
1/2 cawan udang kering - rendam dan kisar halus
2 sudu besar cili kering siap kisar (kalau suka pedas)
Minyak secukupnya untuk menumis

3 sudu besar tauchu
1/2 mangkuk kacang tanah yang dah ditumbuk kasar
2 kg ubi keledek - direbus dan dilenyek
(Boleh juga gunakan ubi kentang)

Cara membuat:
Tumis semua bahan tumis sehingga pecah minyak.  Kemudian, masukkan tauchu, air rebusan tulang dan kulit udang serta tulang lembu.  Bila dah mendidih, masukkan ubi keledek yang dah dilenyek.  Tambahkan air sehingga dapat kuah secukupnya.  Biar merenih 10-15 minit.  Kemudian masukkan udang dan kacang tanah yang dah ditumbuk.  Tutup api bila udang sudah masak.

*Jangan masukkan kacang tanah dan ubi lenyek semua sekali. Ikut kepekatan yang dikehendaki.
*Daging dihiris nipis dan dihidangkan sebagai garnishing.
*Kuah untuk resipi ini, sesuai untuk 2 kg mee kuning.

Mee rebus ini enak dimakan dengan :

Telur rebus
Tauhu lembut yang digoreng dan dihiris nipis
Limau kasturi
Taugeh celur (jika suka)
Sawi celur
Daun sup dan daun bawang
Cili hijau dan merah potong nipis
Bawang goreng

 



Monday, November 18, 2019

Cili Jeruk


Cili jeruk utk 1/2kg cili hijau

Bahan yang diperlukan:

*1 cup vinegar
*½ cup water
*½ cup sugar (kalau suka manis, boleh jadikan 1 cup)
*1 tablespoon salt

Cara membuat:

1.      Masak semua bahan * sampai mendidih. Sejukkan.

2.      Basuh dan hiris nipis cili.

3.      Didihkan 2 mangkuk air dalam periuk yang agak besar. Bila air mendidih, tutup api dan masukkan cili yang dah dihiris tadi. Biarkan 10 saat. Kemudian terus tos cili itu. Biarkan sejuk sekejap.

4.      Bila cili dah agak sejuk, masukkan dalam air cuka yang dah sejuk tadi.


Simpan dalam bekas bersih dan kering. Kalau nak tahan lama, simpan dalam peti sejuk.

Saturday, November 16, 2019

Kari Ikan

Bahan yang diperlukan:

2 ekor ikan bawal - anggaran 700 gm (potong ikut suka)

A
4 labu bawang besar - hiris nipis
4 ulas bawang putih - hiris nipis
4 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur * resipi campuran di bawah

2 paket serbuk kari ikan Adabi (campur dengan air panas - jadikan macam paste)
1 sudu besar asam jawa ADABI (atau lebih terpulang rasa masam kita nak)
1 cawan santan pekat/ 1 kotak santan KARA + 2 cawan air (terpulang nak pekat macam mana)
1 batang terung - potong ikut suka
6 biji bendi
2 biji tomato belah 4
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Kiub ikan bilis - kalau ikan tak ada rasa

Cara memasak:

Panaskan minyak. Masukkan bahan A. Masak sehingga naik bau dan bawang berwarna kekuningan. Kemudian, masukkan rempah kari. Masak sehingga rempah kari pecah minyak. Kalau rempah agak pekat, masukkan sedikit air. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan santan, bendi dan terung. Bila bendi dah masak, masukkan ikan dan tomato. Masukkan garam secukupnya. Tutup api bila ikan sudah masak.

* Resipi campuran halba campur

1 sudu besar halba
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar jintan putih (halus)
1 sudu kecil jintan manis (kasar)

Saturday, November 2, 2019

KEK PISANG

I tried Kak Lina Thomas recipe and it's a keeper.

Ingredients:

A - Blend everything using a blender
1 cup oil (corn / canola / sunflower)
3 eggs (A size)
1 cup brown sugar
1 teaspoon salt

B - sift together
2 cups plain flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda

C
2 cups of mashed ripe bananas (berangan or pisang emas)

Mix A and C. Then fold in the sifted flour. Do not overmix.
I used 8" x 8" square tray.
Bake in a preheated oven for 40 - 45 minutes at 170 degrees.

Wednesday, July 31, 2019

LAKSA JOHOR ORANG BANDAR BARU BANGI

Banyak resepi rupanya untuk Laksa Johor ni. Tapi lepas cuba beberapa resepi, saya rasa resepi ni yang saya dan keluarga suka.

Laksa Johor

Bahan-bahannya:

Bahan A
4 mangkuk isi ikan dikisar halus (saya guna ikan tongkol hitam yang direbus dengan asam dan garam)
4 mangkuk atau lebih air rebusan ikan
100 gms isi ikan kurau kering dikisar halus (boleh kurangkan ikut selera)

Bahan B
100 gms udang kering dikisar halus
1/2 mangkuk cili kering dikisar halus (jangan masukkan kalau tak nak pedas)
1 mangkuk bawang besar yang dikisar kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 paket kecil serbuk kari udang, ketam dan ikan kering Adabi jadikan paste
1 ruas ibu jari lengkuas dihiris nipis
2 batang serai dititik
1/2 cawan minyak masak

Bahan C
2 mangkuk santan sederhana pekat atau 1 kotak santan KARA 500ml dicampur dengan 1 mangkuk air
Secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan dibelah 4
Asam keping secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan D
1 paket spaghetti
2 batang timun hiris nipis
1 ikat daun selom hiris nipis
2 labu bawang besar hiris nipis
10 biji limau kasturi belah 2
Sambal belacan

Cara menyediakan:
Sediakan bahan A dahulu dan ketepikan.
Panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan semua bahan B. Masak sampai naik minyak dan masukkan bahan A. Biarkan merenih selama 15 minit. Kemudian masukkan bahan C. Biar merenih selama 15 minit. Tambahkan air jika perlu. Rasa gula garam asamnya. Kuah laksa ini tak manis. Gula untuk melengkapkan rasa sahaja. Tak perlu masam sebab nanti bila makan, boleh perah limau kasturi.

Sediakan bahan D dan sedia untuk dihidang.

Sambal belacan
*20 biji cili api
*1/2 sudu teh belacan - disangai
2 biji limau kasturi - ambil air dan kulit dihiris nipis.
Garam gula secukupnya
*Tumbuk halus dan masukkan gula, garam dan air limau serta kulitnya.