Monday, February 15, 2021

Inti sandwic ayam

Bahan yang diperlukan:

2 keping dada ayam 

200 g cendawan - ikut suka jenis apa

1 biji bawang besar dihiris nipis

3 ulas bawang putih dicincang

1 sudu besar rempah cajun

1/2 sudu kecil lada hitam

1/2 cawan krim masakan - boleh juga digantikan dengan susu atau yogurt

Garam secukup rasa

Mayonis 


Mula-mula, perap ayam dengan rempah cajun, 1 sudu kecil lada hitam, 1 sudu besar minyak masak dan garam lebih kurang 10 minit. Gril ayam di atas kuali atau boleh juga gunakan air fryer.

Kemudian, potong ayam menjadi kepingan kecil. Ketepikan. 

Kemudian, panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang besar, bawang putih serta cendawan. Perasakan dengan garam dan lada hitam. 

Bila bawang sudah kuning keemasan, masukkan tomato, daun ketumbar, krim masakan dan hirisan ayam tadi. Masak sehingga semuanya sebati dan agak kering. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika sebelum memasukkan mayonis kalau suka. 

Sedia untuk dihidangkan. Inti ini sesuai dijadikan inti sandwic ayam. 

*Boleh masukkan juga lobak merah yang dihiris nipis memanjang kalau suka.

Saturday, February 6, 2021

Ikan bakar

3 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah

Halia besar ibu jari

1 stalk serai

1 teaspoon turmeric / 1 ketul kecil fresh turmeric

1 tbsp chilli paste / 2 biji cili merah – add some cili api kalau nak pedas

6 helai daun limau purut

2 tbsp fish sauce – I tukar dengan budu because mak tak suka fish sauce

1 tsp asam jawa paste – or lime juice

1 tbsp oil

Salt and sugar

Put everything in a food processor. Blend until you get slightly smooth paste.

Sapukan ramuan ini pada ikan pilihan. Jangan lupa kelar ikan tu ya. Kemudian balut ikan dengan daun pisang. Atau boleh je guna aluminium foil. Bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 170C. Tapi ni semua bergantung pada saiz ikan. 

Sedia untuk dimakan.

Saturday, November 7, 2020

Waffles and pancakes

Setelah beberapa kali percubaan buat waffles, I think this recipe suits our taste. Ubahsuai sana sini, tapi bahan asasnya sama saja. Cuma teknik je berlainan.

Bahan untuk Waffles Cik Ya:

(A)
50 gms melted butter
2 cups warm milk

(B)
2 cups plain flour
2 large eggs (asingkan putih dan kuning)
2 tbsp sugar
1 tsp salt
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp vanilla essence

Cara membuat:

Pukul putih telur sehingga kembang dan ketepikan.
Campurkan bahan A.
Campurkan bahan B kecuali putih telur yang sudah dipukul.  Tuangkan bahan A dan kacau menggunakan pengadun atau senduk sehingga sebati.  Bila dah sebati, masukkan putih telur dan kacau secara kaup balik. Rehatkan adunan selama 10 minit sebelum dimasak. 
Boleh masak menggunakan waffle maker atau jadikan pancake. 

Monday, November 2, 2020

Gulai Rawa Nenek Kelantan

Nenek Kelantan @ Che Esah bukan asal dari Kelantan jadi masakan di rumahnya tak sama macam jirannya. Gulai Rawa ni antara masakan kegemarannya sebab bahan yang digunakan bergantung pada apa yang dia rawa atau capai di dapur. Tapi bahan asasnya tetap sama.  Gulai ini boleh dibuat dengan ayam atau ikan.  Masakan ini juga sesuai untuk orang dalam pantang.  

Bahan yang diperlukan:

4 ekor ikan kembung

2 biji cili merah - hiris

2 biji cili hijau - hiris

2 biji cili api - hiris (kalau suka pedas)

2 labu bawang besar - hiris nipis

2 ulas bawang putih - hiris nipis

1 inci halia - hiris seperti batang mancis

1 inci kunyit hidup - tumbuk

1 batang serai - titik

1 helai daun salam atau daun kunyit

2 keping asam 

1 cawan santan pekat

Garam dan gula secukupnya


Cara membuat:

Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun salam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  Kemudian masukkan santan dan daun salam. Biarkan mendidih semula dan tutup api. Sedia untuk dihidang.


*Ini adalah bahan asas gulai rawa. Kalau ada timun dan nanas, boleh digabungkan dengan ikan.  Kalau ayam pula, boleh tambahkan kentang. Jika mahu guna ikan darat seperti patin, tukarkan daun salam kepada daun kesum.


Tuesday, October 20, 2020

Rendang Mama Izad

Kak Diya paling suka tengok dan banding resipi rendang.  Hebat kan macam mana bahan yang sama, bila sukatannya lain sikit, terus dapat rasa berbeza.  Di Malaysia ni ada banyak jenis rendang tapi keluarga Mat Ali ni paling suka rendang minang. Bukan sebab rendang lain tak sedap, cuma kami ni dibesarkan dengan rendang style minang.  Tapi tiap kali buat, dapat rasa berbeza sebab tak ada sukatan khusus. Asyik sukat ikut mata je. 
Sampailah Najibah kahwin dengan Izad.  His mama, Aunty Mimi who is a great chef, shared her superb rendang minang recipe. This recipe is a keeper.  

Rendang Mama Izad

Bahannya:

 A
1 kg daging - dipotong sebesar ibu jari (jangan guna daging batang pinang)
1/2 limpa - dipotong sebesar ibu jari
1 kg santan pekat
3 labu bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan cili kering siap kisar halus (atau lebih bergantung kesukaan)
10 biji cili api - hiris nipis (kalau suka pedas)
2 inci halia - hiris seperti batang mancis (julienne)
1 inci lengkuas - hiris seperti batang mancis (julienne)
5 batang serai - hiris nipis (bakinya dititik)

B
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik (lebih kurang 1/2 cawan)
2 helai daun kunyit
Garam dan gula melaka secukupnya

Cara membuat:
Masukkan semua bahan A dan sedikit *garam dalam kuali yang sesuai. Masak sehingga daging empuk atau lebih kurang 2 jam. Kemudian masukkan kerisik, daun kunyit, gula dan garam. Masak sehingga kuah berpalut pada daging atau ikut kesukaan.

*Jangan letak garam terlalu banyak di awal kita masak.  Cukup sekadar untuk bagi daging rasa sedap. Perasakan rendang bila dah hampir kering kuahnya. 

*Kena kacau sentiasa bila rendang hampir kering sebab mudah hangit.


 

Monday, October 19, 2020

Roti ala Aunty Najah


500 gms flour *

1 tsp salt *

2 tbsp yeast *

150 ml warm water

150 ml warm milk

3 tbsp olive oil 

Method:

Mix together * with fork. Then add the warm water and milk. Mix until just combine with the fork. Add 3 tbsp olive oil and knead with your hand for 10 mins. Make it into one big ball and rub the surface with oil. Rest for 1 hr. 

After 1 hr, divide the dough into 6-8 pcs. Make it into balls and let them rest for 10 mins. Use rolling pin to flatten your dough. 

Fry the dough in non stick pan for about 5-6 mins or until puffed up.

Brush the flat bread with butter/garlic butter/garlic butter parsley. 

Wednesday, October 14, 2020

Rendang Ayam

 Bahan yang diperlukan:

3 ekor ayam potong 16

1.5 kg santan pekat

4 sudu besar kerisik (atau dari 1 biji kelapa)

2 helai daun kunyit - hiris halus

Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar:

10 biji bawang besar 

6 ulas bawang putih

4 inci lengkuas sebesar ibu jari

4 inci halia sebesar ibu jari

2 inci kunyit hidup sebesar ibu jari

4 batang serai gemuk

10 biji cili api

4 sudu besar cili kering siap kisar


Cara penyediaan:

Masukkan bahan kisar, santan, gula dan garam dalam periuk/kuali yang sesuai.

Masak sampai pecah minyak. Kemudian baru masukkan ayam. Bila ayam sudah masak, masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai dapat kepekatan yang kita suka. Tambah gula dan garam jika perlu. Tapi jangan lama sangat sebab ayam boleh jadi terlalu reput. Sedia untuk dihidang.