Friday, February 20, 2009

Sos keropok lekor

Bahan-bahan:

1 mangkuk cili kering yg dah dikisar
1 mangkuk air asam jawa (pekat)
1 labu bawang putih (diketuk)
Daun ketumbar (dihiris kasar batang, daun dan akarnya)
1 - 2 mangkuk air
1/2 kg gula melaka
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. Kemudian kecilkan api dan biar ia mereneh selama 1/2 jam. Selepas itu sejukkan dan toskan.
Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 1 bulan.
Sesuai juga di makan bersama sotong, udang dan ikan bakar.
Kalau suka, sebelum dihidangkan, bakar sedikit bijan dan taburkan atas sos ini.

Selamat mencuba.