Sunday, November 6, 2011

Daging Bakar ASP Rohani

1 kg daging 

 Bahan yang dikisar: 
1/2 inci halia (sebesar 2 ruas jari) 
Serai 1 batang (besar) 
4 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar 
1 sudu kecil jintan manis 
1 1/2 sudu kecil jintan putih 
1 sudu besar gula melaka 
Garam secukup rasa 
 Cara membuat: 

 Perap daging yang telah dipotong dalam kepingan besar dengan semua bahan kisar selama lebih kurang 2 jam. Kemudian, masukkan daging dan perapannya ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana sehingga daging masak. Bila daging masak, bakar daging tadi atas bara sehingga tahap yang dikehendaki.

Ayam Percik

Bahan yang diperlukan:

12 ekor ayam (2 kg seekor) - potong 4

Bahan yang dikisar:
350 gm halia
250 gm bawang putih
600 gm bawang besar
10 batang serai (besar)
2 inci lengkuas (2 ruas jari)
10 sudu besar ketumbar biji (rendam)
50 gm belacan

6 keping asam
2 kg santan pekat
Gula dan garam

Cara membuat:
Perap ayam dengan bahan kisar, gula dan garam selama 1 jam. Kemudian, masukkan ayam dengan bahan perapan, asam keping dan 1 kg santan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Keluarkan ayam dan bakar sehingga kekuningan di atas bara.

Untuk kuah, masukkan 1 kg santan ke dalam kuah baki di dalam periuk ayam tadi. Masukkan sedikit air jika kuah sikit sangat. Biar mendidih dan tambah gula dan garam jika perlu. Untuk pekatkan kuah, bancuhkan 4 sudu besar tepung beras dengan sedikit air. Tuangkan bancuhan tepung beras itu ke dalam kuah tadi perlahan-lahan sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Sedia untuk dicurahkan ke atas ayam yang telah dibakar.

Nasi Tomato Wan Iskandar

Bahan yang diperlukan:

5 kg beras basmathi (basuh dan rendam selama 1 jam) @ 8 mangkuk Mak Bedah
11 mangkuk air
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
3 batang serai - titik
2 inci halia sebesar 2 jari - kisar halus
5 labu bawang besar - kisar halus
8 ulas bawang putih - kisar halus
1 ketul butter / 250 gm butter
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
2 ketul kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
Cairkan butter. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan serai. Masak sampai naik bau dan agak garing. Selepas itu, masukkan susu cair, tomato puree, kiub pati ayam, garam, gula dan air. Bila mendidih, masukkan beras yang telah ditos selepas direndam selama 1 jam. Nasi akan masak dalam masa lebih kurang setengah jam.