Friday, December 25, 2009

Ayam Masala

Bahan-bahan:

10 tangkai daun kari, dipetik dan digoreng
1 ekor ayam potong 12 (perap dgn garam kunyit dan digoreng)
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 jari kayu manis
3 biji bawang besar dikisar
1 biji bawang besar dihiris bulat
5 biji cili hijau dibelah -jangan putus
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan air
1 sudu makan bawang putih dikisar
1/2 cawan yogurt
1 sudu makan halis dikisar
2 sudu makan rempah briyani
1 sudu makan cili serbuk (atau paprika)
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara memasak:

Panaskan minyak. Tumis cengkeh, pelaga, kayu manis, bawang hiris dan lada hijau. Masak hingga bawang lembut. Masukkan bawang putih, halia dan bawang kisar dan masak sampai wangi. Masukkan buah tomato, renpah briyani, cili serbuk, lada hitam dan garam. Bila dah garing, masukkan yogurt dan ayam. Kacau hingga ayam sebati dengan rempah.

Nasi Turki Berempah

Bahan-bahan:

1 kg beras basmathi (dicuci dan direndam selama 1/2 jam)
2 sudu makan rempah beryani (Cap burung Nuri- recommended by my mother-in-law)
3 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu makan bawang putih (dikisar)
1 tin kecil tomato puree
1/2 kg daging cincang
2 batang carrot dipotong dadu (digoreng sebentar)
1 cawan yogurt perasa mangga
Sedikit daun pudina dan daun ketumbar
Kismis dan gajus (digoreng)
2 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan minyak jagung
3 biji tomato buah (dicincang kasar)
Garam dan air

Cara memasak:

Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Masak hingga garing. Masukkan buah tomato, tomato puree dan daging cincang. Kacau dan kemudian masukkan rempah beryani, yogurt, garam dan air.
Apabila mendidih, masukkan beras. Bila sudah kering, taburkan kismis, daun pudina, daun ketumbar, gajus dan carrot. Kecilkan api dan biar hingga nasi masak.

Friday, October 23, 2009

Bengkang Gandum

Last Sunday, we went to Dalia's house. We had Soto Ayam and Bergedil, Cucuq Jagung and very delicious Bengkang Gandum. And Dalia's mum, Aunty Alaina and her sister, Chik, gave me the recipe of that delicious Bengkang Gandum and few more. So, here's the recipe:

Bengkang Gandum

1 1/2 cup flour
3 eggs
3/4 cup sugar
250 gms santan
2 cups water
A pinch of salt

Method:

Blend everything in a food processor. Pour into a hot 6" x 6" tray greased with oil or butter.
Bake for 40 mins at 180 degrees.

Very easy and delicious. I have tried making this bengkang but my 1st attemp was a disaster. Better luck next time, insyaAllah.

Friday, February 20, 2009

Sos keropok lekor

Bahan-bahan:

1 mangkuk cili kering yg dah dikisar
1 mangkuk air asam jawa (pekat)
1 labu bawang putih (diketuk)
Daun ketumbar (dihiris kasar batang, daun dan akarnya)
1 - 2 mangkuk air
1/2 kg gula melaka
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. Kemudian kecilkan api dan biar ia mereneh selama 1/2 jam. Selepas itu sejukkan dan toskan.
Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 1 bulan.
Sesuai juga di makan bersama sotong, udang dan ikan bakar.
Kalau suka, sebelum dihidangkan, bakar sedikit bijan dan taburkan atas sos ini.

Selamat mencuba.