Wednesday, July 31, 2019

LAKSA JOHOR ORANG BANDAR BARU BANGI

Banyak resepi rupanya untuk Laksa Johor ni. Tapi lepas cuba beberapa resepi, saya rasa resepi ni yang saya dan keluarga suka.

Laksa Johor

Bahan-bahannya:

Bahan A
4 mangkuk isi ikan dikisar halus (saya guna ikan tongkol hitam yang direbus dengan asam dan garam)
4 mangkuk atau lebih air rebusan ikan
100 gms isi ikan kurau kering dikisar halus (boleh kurangkan ikut selera)

Bahan B
100 gms udang kering dikisar halus
1/2 mangkuk cili kering dikisar halus (jangan masukkan kalau tak nak pedas)
1 mangkuk bawang besar yang dikisar kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 paket kecil serbuk kari udang, ketam dan ikan kering Adabi jadikan paste
1 ruas ibu jari lengkuas dihiris nipis
2 batang serai dititik
1/2 cawan minyak masak

Bahan C
2 mangkuk santan sederhana pekat atau 1 kotak santan KARA 500ml dicampur dengan 1 mangkuk air
Secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan dibelah 4
Asam keping secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Bahan D
1 paket spaghetti
2 batang timun hiris nipis
1 ikat daun selom hiris nipis
2 labu bawang besar hiris nipis
10 biji limau kasturi belah 2
Sambal belacan

Cara menyediakan:
Sediakan bahan A dahulu dan ketepikan.
Panaskan 1/2 cawan minyak dan masukkan semua bahan B. Masak sampai naik minyak dan masukkan bahan A. Biarkan merenih selama 15 minit. Kemudian masukkan bahan C. Biar merenih selama 15 minit. Tambahkan air jika perlu. Rasa gula garam asamnya. Kuah laksa ini tak manis. Gula untuk melengkapkan rasa sahaja. Tak perlu masam sebab nanti bila makan, boleh perah limau kasturi.

Sediakan bahan D dan sedia untuk dihidang.

Sambal belacan
*20 biji cili api
*1/2 sudu teh belacan - disangai
2 biji limau kasturi - ambil air dan kulit dihiris nipis.
Garam gula secukupnya
*Tumbuk halus dan masukkan gula, garam dan air limau serta kulitnya.