Sunday, October 7, 2012

Cara menggoreng kacang

Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak goreng kacang. Rasanya semua kacang sama saja caranya. Mula-mula, basuh dulu kekacang pilihan. Toskan airnya. Ambil kuali, letak minyak secukupnya. Masukkan kacang. Kemudian baru hidupkan api. Pastikan api sederhana saja. Kacau sentiasa kacang tu sehingga masak. 
Kacang dah masak bila tak ada lagi bunyi atau bubble dalam minyak. Atau, ambil satu kacang, sejukkan dan rasa.

Kuzi untuk 1 ekor kambing

Kuzi untuk 1 ekor kambing


Bahan yang diperlukan:


Bahan A (bahan perapan)
1 ekor kambing anggaran 20kg - basuh dan toskan
200 gram halia
2 labu bawang putih
Garam secukupnya

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B (bahan tumis)
10 biji bawang besar (kisar)
8 ulas bawang putih (kisar)
200 gram halia (kisar)
4 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
20 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih

Bahan C
5 kg bawang besar (dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan dan kemudian dikisar kasar)
1 tin besar tomato puree (atau lebih ikut selera masing-masing)
1 kg tomato sos (saya guna jenis Kimball yg dalam beg tu)
4 tin susu cair (atau lebih jika nak kuah banyak)
1/2 kg santan (yang ni orang Kelantan tak letak tapi memang best kalau letak)
Kerisik dari 2 biji kelapa (anggaran 1/2 cawan)

500 gram rempah kuzi - dibancuh dengan air panas

1/2 kg kismis (digoreng)
1/2 kg badam/gajus (digoreng)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

Gaulkan semua bahan A dan perapkan lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng kambing separuh masak. Angkat dan toskan.

Dengan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan air panas. Masak hingga pecah minyak.

Selepas itu masukkan bahan C kecuali susu cair dan kerisik.  Selepas semuanya dah sebati masukkan kambing. Masa ni masakan hendaklah dikacau sentiasa sebab mudah melekat. Letakkan sedikit air kalau pekat sangat.  Bila daging dah empuk, masukkan susu cair, kerisik, kismis dan badam.  Biarkan merenih selama 10-15 minit.  Kalau di Kelantan, kuzi ni masakan yang manis. Ikutlah selera masing-masing. Rasa dulu sebelum tambahkan garam sebab tadi kita dah gaul dan perapkan kambing dengan garam.

Kalau semua dah sebati dan rasa dah sedap, bolehlah padamkan api. Sedia untuk dimakan.


Tuesday, October 2, 2012

Ayam Masak Kicap Cili Api

Bahan yang diperlukan:

1 ekor ayam potong 12 bahagian

(A)
1 inci halia sebesar ibu jari
1/2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa

(B)
10 ulas bawang putih - tumbuk kasar
15-20 biji cili api - tumbuk kasar (kurangkan kalau tak mahu pedas atau campur dengan cili merah)
5 labu bawang besar - dihiris nipis (lagi banyak lagi sedap)

1/4 cawan kicap masin - atau secukupnya
1/4 cawan kicap manis - atau secukupnya
4 sudu besar sos tiram

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

Tumbuk bahan A hingga lumat dan perapkan dengan ayam 1/2 jam. Kemudian gorengkan ayam tapi jangan sampai garing.
Ambil sedikit minyak yang digunakan untuk goreng ayam dan masak bahan B sehingga layu. Masukkan kicap masin, manis, sos tiram dan ayam. Kalau suka, perahkan sedikit asam limau.





Monday, October 1, 2012

Churros

I came across this recipe in a story book. I tried few versions of Churros and found this is the best.

Ingredients:

1 cup water
1/2 cup butter
1 cup plain flour
2 eggs
1/2 tsp salt
2 cups oil for frying

1 cup icing sugar
1 tsp cinnamon powder

Method:

Put the water, butter and salt in a pot. Bring it to boil. When the butter has melted, turn off the heat and quickly stir in the flour. Stir the flour until it becomes thick paste and does not stick to the pot. Let the batter cool for 5 mins and then beat in the eggs one at a time. Using a pastry bag (or any plastic bag) attached with a star shape nozzle, pipe 3-4 inch pastries onto hot oil.. Fry until golden. Drain the oil and roll the hot Churros on the icing sugar and cinnamon mixture.

Tuesday, September 25, 2012

Laksa Siam Ala Nadiya

Bahan yang diperlukan:

2 mangkuk isi ikan rebus yang sudah dibuang tulang (kembung atau selayang) (Jangan buang air rebusan)
2 sudu besar serbuk kari ikan Adabi (Why Adabi? Sebab nak rasa kari Melayu)
1 cawan cili kering yang telah dikisar dengan bawang besar dan putih (resepi di bawah)
2 batang serai
1 ketul lengkuas sebesar ibu jari (dihiris nipis atau diketuk)
3 helai daun limau purut
1 mangkuk daun kesum
2 kuntum bunga kantan - dipotong empat

Optional:
Isi ikan masin seperti ikan talang kering, direbus dan dikisar. Kalau tak ada isi, tulang pun jadi. Rebus sekali dengan kuah laksa.

1. Rebus ikan dengan asam keping, garam dan gula. Bila ikan sudah masak, keluarkan ikan dan sejukkan. Jangan buang air rebusan ikan. Air rebusan ini akan digunakan untuk membuat kuah laksa. Ambil isi ikan sahaja kemudian dikisar atau ditumbuk.

2. Lebih kurang 30 tangkai digunting kasar untuk membuang biji cili. Rebus cili kering ini. Bila sudah lembut, toskan dan kisar bersama dengan 5 biji bawang besar dan 5 ulas bawang putih.

Cara membuat kuah laksa:

Tumiskan 1 cawan cili kering yang sudah dikisar dengan bawang besar dan bawang putih. Masukkan rempah kari Adabi, lengkuas, serai, daun kesum, daun limau purut dan bunga kantan. Masak sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air rebusan ikan secukupnya, ikan yang sudah dikisar, tulang atau isi ikan masin jika suka serta gula dan garam. Biarkan ia merenih selama 20 minit. Rasa gula dan garamnya. Kepekatan kuah lebih kurang sama dengan kuah laksa asam. Ia sesuai dimakan dengan spaghetti atau laksa beras halus.

Laksa ini dimakan dengan bawang besar yang dihiris nipis, cili kering yang digoreng satu-satu, telur rebus, timun atau apa-apa ulam yang kita suka.


Thursday, August 9, 2012

Spaghetti Bolognese Ala Nadiya

Especially untuk Wan Siti Rahimah.

Bahannya:

1/2 kg minced meat (preferably beef)
2 tbsp cumin - kisar halus
2 tbsp whole black pepper (or more) - kisar halus
4 cloves of garlic - chopped
1 cup of coarsely chopped onion
1 cup of chopped fresh tomatoes
1 cup of tomato puree
1 cup of canned tomatoes / ketchup
1 cup of sliced button mushroom
1 tbsp of mixed herb
Oil

Method:
Saute the onion, garlic, cumin and black pepper until the onion become translucent. Add the minced meat. After about 10 mins, or until the meat is cooked, add the rest of the ingredients. Let it simmer for 10 - 15 mins. Add salt and sugar to your taste. The sauce is ready.



Friday, July 27, 2012

Lompat Tikam

Bahan yang diperlukan:

Badan:
1 cawan tepung beras
3 helai daun pandan
4 cawan air
Sedikit garam

Kisar daun pandan dengan 4 cawan air. Tapiskan.
Bancuh tepung beras dengan air tapisan pandan. Letakkan air sikit-sikit sampai dapat bancuhan yang betul. Bancuhan tepung mestilah cair seperti air susu. Tambahkan garam dan kacau sampai sebati. Masukkan bancuhan dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan sampai bancuhan itu menjadi kental dan agak berkilat. Jangan berhenti kacau bancuhan sampai siap. Bila bancuhan dah pekat, tuangkan ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.

Kuah santan:
2 cawan santan (kepekatan biasa)
1 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

Masukkan tepung beras ke dalam santan dan kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan ke dalam periuk dan kacau menggunakan api perlahan sampai bancuhan menjadi pekat. Tuangkan ke atas badan yang telah disediakan lebih awal.

Air gula:
2 keping gula manisan (nau)
1/2 cawan air

Masakkan gula dengan air sampai cair. Tapiskan dan sedia untuk dimakan.

Pulut merah:
1/2 cawan beras pulut
Sedikit pewarna merah

Rendam beras pulut dengan pewarna merah selama lebih kurang 2 jam. Tanak pulut dengan air sama paras dengan pulut. Sedia untuk dimakan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              


Monday, July 23, 2012

Tumis nasi kerabu

Bahannya:

1 kg santan
2 batang serai
1/2 inci lengkuas dihiris nipis
3 labu bawang besar (kisar halus)
15 tangkai cili kering (kisar halus)
2 keping asam keping
4 sudu gula perang
1/2 cawan budu
1 cawan air

Caranya:

Masukkan semua bahan dalam periuk. Didihkan sampai naik minyak. Siap.


Kelapa untuk nasi kerabu


2 mangkuk kelapa parut siap tumbuk halus - lebih kurang dari 3 biji kelapa
(kalau boleh nak putih sahaja) (digoreng sampai kekuningan dan ditumbuk halus)

*2 batang serai
*1 1/2 inci halia
*1 labu bawang besar
*2 sudu besar lada hitam biji

1 cawan isi ikan (kembung, selayang, tongkol hitam) (ditumbuk)
2 sudu besar soft brown sugar
Garam secukup rasa

Caranya:

Tumbuk * sampai lumat. Kalau gunakan pengisar, selepas dikisar, masak sampai kering air sebelum gaulkan dengan kelapa. Kemudian gaulkan dengan semua bahan yang lain. 

Ayam Bakar Uncle Ghuzal

Bahannya:

1 ekor ayam 1 1/2kg dipotong 4 
1 inci kunyit
1 inci halia
2 batang serai (1 kalau gemuk)
5 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam (2 sudu besar kalau nak pedas)
4 sudu besar soft brown sugar
1/2 sudu besar garam atau secukupnya

Cara membuatnya:

Kisar semua bahan diatas. Gaul dan perapkan ayam selama sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama lagi sedap. Perap ayam tu dalam peti sejuk.

Balut ayam dengan aluminium foil. Bakar 1 jam pada suhu 180 C. Selepas 1 jam, buka foil, sapukan baki perapan dan bakar 15 minit lagi. Sedia untuk dimakan. 

Nak lebih sedap, perahkan asam limau sebelum makan. 



Thursday, July 12, 2012

Ayam/Kambing Briyani

Bahan yang diperlukan:

2 ekor ayam / 4 kg kambing
1 kg bawang besar (hiris nipis dan digoreng kekuningan) (minyak goreng bawang disimpan)
5 ulas bawang putih (hiris dan goreng)
5 biji buah tomato (belah 4)
5 biji cili merah (kisar kasar)
5 biji cili hijau (kisar kasar)
2 inci halia (kisar halus)
segenggam daun pudina
secekak daun sup (potong saiz 1 inci)
secekak daun bawang (potong saiz 1 inci)
secekak daun ketumbar (potong saiz 1 inci)
1 botol kecil sos tomato kimball (atau lebih sebab bergantung pada brand yg digunakan)
1 tin susu cair (atau 1 liter susu segar) (lebihkan kalau nak kuah banyak)
1/2 cawan kismis (basuh dan goreng sekejap)
1/2 cawan gajus (basuh dan goreng)
7 biji buah kurma
5 sudu besar rempah briyani (sangai sampai wangi)
1 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan dalam kuali, gaul sampai sebati. Kemudian baru masak atas api sederhana. Kena kacau sentiasa sebab mudah melekat. Jangan lupa masukkan minyak yang digunakan untuk goreng bawang dalam 1/2 cawan.

*Kalau suka pedas, tambah 10 bji cili api yang dikisar kasar.

*Saya suka rebus dulu kambing sampai masak. Masa rebus, letakkan halia yg diketuk dalam 2 inci, garam dan rempah 4 beradik. Nanti masukkan air  dalam 1-2 cawan waktu masak lauk briyani. Lebihan air rebusan boleh buat masak nasi.

Kuzi Kambing

Resepi khas untuk Kak Ini.

Bahan yang diperlukan:

1 kg kambing
3 sudu besar rempah kuzi
10 labu bawang besar (dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan)
2 labu bawang besar *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
2 inci halia besar ibu jari *kisar
1/4 cawan tomato puree
1/4 cawan tomato sos
1 tin susu cair (atau susu fullcream)
1/4 cawan santan (yang ni orang Kelantan tak letak tapi memang best kalau letak)
1/2 cawan kismis (digoreng)
1/2 cawan badam/gajus (digoreng)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi.
Panaskan minyak dan masukkan rempah. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puree.  Kemudian masukkan kambing. (Kalau orang Kelantan, kambing tu digaul garam kunyit kemudian digoreng separuh masak sebelum dimasukkan dalam rempah). Masukkan bawang goreng, susu, garam dan gula. Masak sampai daging empuk. Kalau perlu, tambahkan sos tomato. (Selalunya memang perlu). Bila semua dah sebati, masukkan kismis dan badam. Siap.









Thursday, March 22, 2012

Bbq

Chicken Bbq Nadiya n Najibah

10 chicken thighs
10 chicken drumsticks
10 chicken wings

1 cup tomato puree
1/2 cup honey
1 tablespoon cumin (ground coarsely)
3 tablespoon black pepper (ground coarsely)
1 cup soft brown sugar (or less)
salt to taste

Mix everything in a bowl. Add chicken to the mixture and keep in the fridge for at least 2 hours.


Thursday, February 16, 2012

Udang Marsala

1 kg udang (preferably udang galah)
1kg bawang besar (dihiris nipis)
5 biji cili merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau (dihiris nipis)
Segenggam daun ketumbar (dipotong 1 inci panjang)
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu besar chilli powder
2 biji tomato (belah 4)
1 tin kecil green peas
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

Perap udang yang sudah dibersihkan dengan serbuk cili, kunyit dan garam.
Panaskan minyak dan kemudian gorengkan udang. Bila udang sudah separuh masak, angkat dan masukkan bawang dan cili. Bila bawang dah kekuningan, masukkan daun ketumbar, tomato dan udang. Rasa garam dan gulanya. Bila udang dah masak, sebelum padamkan api, masukkan green peas.

Sunday, January 1, 2012

Ghasidah Along Rompin

Bahannya:

1 kg tepung gandum
700 gm gula putih
5 biji telur (saiz A)
Santan dari 1 1/2 kelapa (lebih kurang 4 atau 5 cawan)

1 sudu besar minyak sapi/butter

Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan di atas kecuali minyak sapi. Consistency adunan sama macam adunan untuk kuih bakar. Selepas itu, masukkan dalam kuali dan kacau adunan dengan api sederhana sampai pekat. Masukkan butter/minyak sapi dan teruskan kacau adunan sampai jadi seketul bola. Tutup api dan bentukkan kuih ini ikut suka.