Sunday, October 7, 2012

Kuzi untuk 1 ekor kambing

Kuzi untuk 1 ekor kambing


Bahan yang diperlukan:


Bahan A (bahan perapan)
1 ekor kambing anggaran 20kg - basuh dan toskan
200 gram halia
2 labu bawang putih
Garam secukupnya

Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan B (bahan tumis)
10 biji bawang besar (kisar)
8 ulas bawang putih (kisar)
200 gram halia (kisar)
4 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
20 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih

Bahan C
5 kg bawang besar (dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan dan kemudian dikisar kasar)
1 tin besar tomato puree (atau lebih ikut selera masing-masing)
1 kg tomato sos (saya guna jenis Kimball yg dalam beg tu)
4 tin susu cair (atau lebih jika nak kuah banyak)
1/2 kg santan (yang ni orang Kelantan tak letak tapi memang best kalau letak)
Kerisik dari 2 biji kelapa (anggaran 1/2 cawan)

500 gram rempah kuzi - dibancuh dengan air panas

1/2 kg kismis (digoreng)
1/2 kg badam/gajus (digoreng)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

Gaulkan semua bahan A dan perapkan lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng kambing separuh masak. Angkat dan toskan.

Dengan minyak yang sama, tumiskan bahan B sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan air panas. Masak hingga pecah minyak.

Selepas itu masukkan bahan C kecuali susu cair dan kerisik.  Selepas semuanya dah sebati masukkan kambing. Masa ni masakan hendaklah dikacau sentiasa sebab mudah melekat. Letakkan sedikit air kalau pekat sangat.  Bila daging dah empuk, masukkan susu cair, kerisik, kismis dan badam.  Biarkan merenih selama 10-15 minit.  Kalau di Kelantan, kuzi ni masakan yang manis. Ikutlah selera masing-masing. Rasa dulu sebelum tambahkan garam sebab tadi kita dah gaul dan perapkan kambing dengan garam.

Kalau semua dah sebati dan rasa dah sedap, bolehlah padamkan api. Sedia untuk dimakan.


No comments: