Friday, September 25, 2015

Kuzi Ayam

Bahannya:

2 ekor ayam (2kg) - gaulkan dengan garam kunyit
1 sudu besar rempah kuzi
8 biji bawang besar - goreng hingga kekuningan dan kisar kasar
*1/2 inci halia
*1 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar
1 batang kulit kayu manis
2 kelopak bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 biji cengkih
3 sudu besar tomato puree
5 sudu besar sos tomato
3/4 tin susu cair
Kismis, gajus dan badam ikut suka

Cara membuat:

1. Gaulkan ayam dengan garam kunyit. Goreng ayam sampai 3/4 masak.

2. Kisar bahan (*) dan campurkan dengan rempah kuzi. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah 4 beradik. Bila dah agak garing, masukkan bawang goreng yang sudah dikisar kasar, tomato puree, tomato sos, kismis dan susu cair.

3. Bila semua bahan dah sebati, masukkan ayam. Kalau perlu masukkan air, masukkan sedikit sahaja. Rasa gula dan garamnya sekarang. Bila ayam dah masak, bolehlah masukkan gajus dan badam.