Sunday, November 2, 2008

Nasi goreng kuning

Comfort food untuk sesiapa yang tak boleh tidur waktu malam. Senang je nak buat nasi goreng ni. Kalau anda pandai masak nasi goreng cina, mesti anda rasa resepi ni sama je macam tu. Tapi anda silap. Memang tak sama sebab kami tak gunakan lada putih di rumah kami. Disebabkan mak tak tahan dengan bau lada putih tu, maka lada putih macam dah di banned dari dapur kami. Mak akan cari substitute untuk mengelakkan penggunaan lada putih dalam masakannya. Nasi goreng kuning ni pun samalah.

Bahan bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
1 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
3 biji cili api (kalau anda nak rasa seperti nasi goreng cina, gantikan dengan 1/2 sudu kecil serbuk lada putih)
1 biji telur ayam
1 sudu besar butter atau margerine (pada yang berani, boleh guna minyak sapi)
Garam dan gula
Sedikit air

Cara penyediaan

Gaulkan nasi sejuk dengan garam dan gula secukup rasa.

Panaskan butter dalam kuali dan kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api. Masak sampai bawang agak garing. Kemudian, masukkan nasi yang telah digaul tadi dan kacau. Masukkan telur dan masak sampai nasi tak melekat sesama sendiri. Sedia untuk dimakan.

Kalau anda mahu, boleh masukkan sosej yang dipotong kecil, ayam goreng, udang, sotong dll.
Selamat mencuba.

No comments: